Pembelajaran Saya dapat sepanjang Program ICT

 Assalamualaikum wbt kembali lagi dengan saya. Hari ini saya ingin kongsikan pembelajaran saya sepanjang mengikuti kursus ICT ajuran JH Nusah Abadi  tajaan Kementerian Sains  Teknologi Dan Inovasi Sabah.

Sepanjang saya mengikuti Kursus ICT saya mempelajari : 

  1. Cara Edit Video melalui aplikasi "Cap Cut" 

Seperti yang kita sedia maklum, aplikasi "Cap cut" adalah merupakan aplikasi yang paling mudah untuk kita menghasilkan video yang menarik. Melalui aplikasi ini kita dapat mengedit video yang kita inginkan seperti video memasak, mempromosikan barang jualan, video kenangan bersama keluarga dan sebagainya.

Dengan melalui kursus ini saya dapat mengasah bakat saya dalam menghasilkan video yang berkualiti  untuk menarik perhatian kepada orang ramai. 

 2.Mempelajari cara menggunakan aplikasi  Microsoft Excel

Melalui aplikasi ini saya dapat mempelajari cara " Spreedsheet Accounting". Agak sukar sebenarnya untuk faham lebih - lebih lagi apabila saya tidak mengambil subjek Account dalam SPM😂. Jangan cakaplah kepala saya pun mau pecah sudah HAHAHAHA 🤣🤣. 

3. Online Graphic Design

Bukan itu sahaja, kami juga mempelajari cara design poster melalui aplikasi "Canva".

Dalam aplikasi "Canva" kita dapat menghasilkan design mengikuti citarasa kita ataupun mengambil design template yang sedia ada. Aplikasi Canva ini sangat terkenal dan mudah untuk digunakan. 


4. Online Advertising Platform ( Google Adds) 
 

Dalam Google Adds kami dapat mempelajari cara mengedit video promosi menggunakan Canva & juga Youtube.
Saya suka mengedit video tapi tidak berapa pandai. Saya akan cuba berusaha lagi untuk edit video yang menarik. InsyaAllah☺️.


 Akhir sekali, Saya ingin berterima kasih kepada pihak penganjur dan juga guru pembimbing kerana sanggup berkorbankan masa dan tenaga untuk mengajar kami. Saya berharap selepas sahaja kursus tamat saya dapat mengasah lagi bakat dan menambahbaikan apa yang kurang. Tidak lupa juga kepada pakcik, makcik & sahabat - sahabat yang turut hadir menghadiri kursus ini.
Nda sah kalau nda ketawa bh HAHAHAHA🤣.

Semoga kita berjumpa lagi di lain hari.

Tulus Ikhlas💌, 

Nurul Solehah







 


1 comment:

  1. Tahniah kerana berjaya menyiapkan tugasan blog. Insya-Allah berjumpa lagi di lain waktu

    ReplyDelete

Pembelajaran Saya dapat sepanjang Program ICT

  Assalamualaikum wbt kembali lagi dengan saya. Hari ini saya ingin kongsikan pembelajaran saya sepanjang mengikuti kursus ICT ajuran JH Nus...